Saturday 8 October 2011


Saiz Shot-shot


Tujuan asas shot ialah untuk menunjukkan dengan jelas imej-imej bermakna kepada penonton. Jurukamera terlebih dahulu mengetahui visual sebelum ia dirakamkan. Oleh itu jurukamera tidak perlu sangat bergantung kepada Pengarah seratus peratus bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan.

Long Shot(LS)




Lebih banyak seseorang jurukamera mengetahui berkaitan 'komposisi gambar' lebih mudah serta berkesan baginya untuk menjelaskan peristiwa berkenaan. Walaupun Pengarah boleh melihat gambar yang dirakam melalui 'monitor' namun jurukamera juga perlu tahu bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan. Shot-shot untuk televisyen mempunyai peraturan tertentu berkaitan shot-shot yang dibuat.


Medium Shot(MS)



Field of view:
FOV ialah berapa luas atau dekat sesuatu objek yang dirakam dan berapa dekat ia kelihatan kepada penonton. Shot-shot ini dikenali sebagai Extreme Long Shot(ELS), Long Shot(LS), Mdium Shot(MS), Close-Up(CU), Extreme Close Up(ECU). Selain daripada itu ialah Bust Shot(sama dgn CU), knee shot, two-shot, three shot, over-the-shoulder shot dan Cross Shot.

Close Up atau Bust Shot



Close Up dan Extreme Close Up merupakan frame atau bingkai yang biasa dalam bahasa visual di televisyen. Ukuran Close Up yang betul ialah dari paras bawah dada hingga atas kepala dan ruang di atas kepala yang dikenali sebagai Head Room hendaklah kelihatan selesa.


Extreme Close Up






Close Up:
Dari aras bawah dada hingga ke atas kepala. Shot ini tidak mempunyai head room yang selesa.












Knee shot:

Ukuran frame dari aras bawah lutut hingga ruang di atas kepala.
















Two-shot:
Shot dimana kedua-dua subjek dirakam, terdapat juga apa yang dipanggil three-shot.














Over-Shoulder Shot:
Shot dari atas bahu orang yang berhampiran dengan kamera. Memperlihatkan perbualan diantara subjek-subjek.










Cross Shot:
Visual dari sudut pandangan kamera.












Head Room:
Ruang di atas kepala manusia apabila ia dirakam. Ruang di atas kepala mesti selesa dan jangan terlalu sempit atau terlalu luas.










Head Room yang normal untuk Close Up shot.













Nose Room atau looking Room:
Ruang di hadapan muka manusia mesti selesa dimana ia lebih luas daripada ruang di belakang manusia yang dikenali sebagai Back Room.











Leadroom atau walking Room:
Ruang dihadapan manusia yang sedang berjalan mestilah lebih luas daripada ruang di belakangnya.


Background:
Semasa membuat shot perhatikan objek yang berada dibelakan subjek yang dirakam. Objek-objek di belakang ada kalanya akan merosakkan shot-shot seperti tinag lampu di belakang kepala subjek yang dirakam. Ia seolah-olah seperti tumbuh di atas kepala subjek. Selain daripada itu baju subjek yang dirakam mempunyai warna yang sama dengan 'backgroud' akan 'menenggelamkan' subjek berkenaan. Oleh itu berhati-hatilah ketika membuat rakaman dan seringkali perhatikan apa yang berada di belakang subjek utama yang dirakam.


ZOOM




ZOOM ialah satu proses mendekatkan(ZOOM IN) atau menjauhkan(ZOOM OUT) subjek dalam pengambaran video dengan melaraskan LENS kamera. Proses ZOOM SHOT ini boleh dilakukan secara manual ataupun automatik. ZOOM SHOT yang dilakukan secara automatik adalah lebih licin pergerakannya namun begitu dengan latihan yang seringkali dilakukan ZOOM SHOT secara manual akan menjadi lebih licin dan lebih kreatif.
ZOOM SHOT menjadi lebih berkesan jika ia dilakukan dengan bertujuan atau bersebab seperti untuk menunjukkan hubungan antara subjek yang dirakam, untuk menekankan sesuatu perkara, menyerlahkan sesuatu, menggambarkan secara dramatik dan sebagainya. 

Contoh, ialah;

- ZOOM OUT seorang pemain golf mula memukul bola hingga bola tersebut memasuki lubang.
- ZOOM OUT secara perlahan muka seorang kanak-kanak untuk menunjukkan konsentrasinya sedang melakukan sesuatu aktiviti.
- ZOOM OUT secara pantas ke muka seorang yang sedang dalam keadaan amat terkejut akan menghasilkan kesan yang lebih dramatik.
- Ada ketikanya proses ZOOM akan digandingkan dengan PAN atau TILT untuk menghasilkan kesan yang lebih baik umpamanya, ZOOM OUT muka seorang kanak2 sambil TILT DOWN hingga keseluruhan kanak-kanak dan aktiviti yang sedang dilakukannya(i.e mewarna) wujud dalam screen. Ini akan mampu menceritakan keseluruhan peristiwa tersebut. 

Sewajarnya diingat;
 
- Sebelum ZOOM pastikan rakaman SHOT STATIK selama sekurang-sekurangnya 3 saat
 
- Elakkan shot 'YO-YO' ZOOM dimana pergerakan ZOOM IN dan ZOOM OUT dilakukan berulang kali tanpa henti dan akan mengelirukan serta menjemukan penonton

- Bezakan SLOW ZOOM adalah untuk menarik penonton supaya menghayati sesuatu, sementara FAST ZOOM adalah untuk memberikan kesan "shock" atau kejutan.
 
- ZOOM SHOT boleh digunakan secara kreatif untuk permulaan dan penutup cerita

JENIS & UKURAN SHOT

Sebuah program video sedang ditayangkan dimana ia hanya mempunyai saiz bingkai atau FRAMEukuran full shot sepanjang satu babak atau scene. Adakah babak tersebut menarik?. Sudah tentu ia amat membosankan.


Sesebuah program video akan menjadi lebih menarik jika dalam sesuatu babak tersebut terdapat pelbagai saiz shot-shot(shot size/frame) dan juga sudut-sudut rakaman kamera(camera angle). Satu shot bermakna satu rakaman video bermula dari butang record ditekan hinggalah butangstop atau pause ditekan. Sequences pula membawa erti beberapa shot-shot yang disatukan untuk memberi makna. Saiz hot-shot mempunyai makna atau bahasa tertentu dalam pembikinan program video atau filem. Setiap shot tersebut berfungsi dalam membawa perhatian kepada peristiwa dalam screen.


Contoh satu sequence atau satu urutan peristiwa yang menjelaskan beberapa saiz-saiz shot;
Satu shot pandangan umum atau wide shot(WS) dalam sebuah stadium yang dipenuhi oleh penonton. Satu long shot(LS) seorang pemain sedang mahu membuat tendangan penalti di depan pintu gol lawan. Satu mid shot(MS) dimana pemain tersebut memberi tumpuan kepada bola yang hendak ditendang. Satu close up shot(CU) bola yang akan ditendang. Satu extreme close-up shot muka penjaga gol yang kelihatan risau menunggu bola yang akan ditendang oleh pemain tersebut. Bukankah saiz shot-shot ini akan memberi makna dan akan menarik perhatian penonton?.


Selain pelbagai saiz-saiz shot terdapat juga pelbagai jenis shot-shot. Setiap jenis shot juga memberi pedoman kepada penonton dan memberi pemahaman yang mudah kepada peristiwa-peristiwa yang digambarkan di screen.


Contoh jenis-jenis shot ialah eye level shothigh angle shotlow angle shotover shoulder shot di belakang salah seorang dari dua orang yang sedang berbual dan sebagainya.


Saiz shot-shot dalam penggambaran video atau filem;




Wide shot(WS); Dikenali juga sebagai general viewvery long shotextreme long shot ataucover shot. Biasa digunakan dipermulaan babak atau rakaman sebagai memperkenalkan babak(scene) dan untuk memberi kefahaman kepada penonton. Shot ini boleh dibiarkan dalam keadaan statik(still) atau bergerak(moving) asalkan ia dapat memberi kefahaman kepada penonton. Shot ini amat penting kepada penonton. Pada subjek manusia ia merupakan subjek yang dirakam serta juga keseluruhan latar belakang(background).





Long shot(LS); Shot ini juga dikenali sebagai full shot. Shot yang memberi perhatian khusus kepada subjek yang dirakam dan juga memisahkan subjek dari background. Shot ini lebih kecil dari wide shot. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian dari hujung kaki ke hujung rambut.



Medium Shot(MS); Ia juga sering dipanggil sebagai mid shot dan juga dikenali sebagai waist shot. Shot yang memberi perhatian yang lebih khusus dengan meninggalkan sebahagian daripada subjek yang dirakam. Memberi tumpuan kepada perkara tertentu. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian antara paras pinggang ke atas.







Close up shot(CU); Satu shot video yang paling bernilai yang menunjukkan yang lebih terperinci atau pada subjek muka manusia ia memperlihatkan air muka seseorang. Ukuran shot ini pada subjek manusia ialah diantara ruang atas kepala hingga sedikit dibawah bahu.







Extreme Close up(ECU); Shot ini juga dikenali sebagai big close up(bcu). Ukuran shot yang lebih tight dan memberikan pandangan yang lebih mendalam dan lebih terperinci lagi. Ia memberikan kesan yang lebih mendalam kepada penonton. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian antara dahi dan bawah mulut atau bahagian mata sahaja atau bahagian mulut sahaja.









WHITE BALANCE



Walaupun cahaya kelihatan putih, ia sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis warna. Sumber cahaya yang berbeza umpamanya cahaya lilin, cahaya siang(daylight) dan sebagainya menghasilkan cahaya bewarna yang berbeza. Secara automatik mata dan otak manusia mampu membezakan warna cahaya. Oleh itu objek selalu kelihatan dalam warna-warna yang sebenarnya. Berlainan dengan kamera video, ia tidak mampu melakukan seperti mata manusia. Kamera mesti dilaraskan untuk menseimbangkan semua warna-warna yang diterima dan dengan yang demikian pada akhirnya kamera dapat "melihat" warna putih yang sebenarnya. Proses ini dikenali sebagai "white balance". Pada asasnya "white balance" bermakna "color balance". Ia berfungsi dengan memberikan kamera satu rujukan kepada "true white". Ia memberitahu kepada kamera bagaimana warna putih yang sebenarnya. Disebabkab cahaya putih merupakan campuran semua warna, maka kamera akan menunjukkan semua warna dengan sebenarnya. Apabila "white balance" sesebuah kamera video tidak tepat maka gambar yang dirakam akan menjadi sedikit "orange" atau kebiruan. 






WHITE BALANCE amat penting disetkan pada setiap kali;
- Kamera video dihidupkan suisnya


- Keadaan cahaya berubah umpamanya dari cahaya siang kepada cahaya tiruan(lampu-lampu) atau dari satu bilik ke satu bilik lain yang berlampu berbeza.


- Ketika menggunakan lampu-lampu tambahan.


- Ketika berubah kedudukan dari 'out door' ke 'in door' dan sebaliknya.


- Semasa awal pagi and lewat petang dimana cahaya siang bertukar warna dengan cepat. Sering buat 'white balance' pada kamera video sepanjang jangka masa tersebut.


Secara teknikal, untuk menjamin objek bewarna putih kelihatan putih dibawah cahaya tertentu "color temperature", sesebuah kamera mesti diberitahu sama ada cahaya dimana ia beroperasi "bluish"(high color temperature), "reddish"(low color temperature) atau benar-benar putih. Pelarasan untuk cahaya "bluish" dan "reddish" ini dipanggil "white-balancing". 


Secara manual, untuk mencari "white balance" sesebuah kamera ialah;


- Laraskan 'filter' mengikut situasi cahaya.
- Halakan lens kamera kepada sekeping kad bewarna PUTIH; 50%-80% 'frame' mesti diliputi subjek putih berkenaan. Sony mencadangkan 80% daaripada 'frame' diliputi subjek putih berkenaan. Subjek tersebut bukan yang memantul cahaya(non-reflective)
- Setkan 'exposure' dan 'focus'
- Kemudian tekan butang "white-balance" pada kamera untuk rakaman Electronic News Gathering(ENG) atau Electronic Field Production(EFP). "White-balance" untuk kamera rakaman dalam studio, diperolehi melalui Camera Control Unit(CCU).


Kebanyakan kamera video taraf "consumer" hari ini mampu membuat pelarasan "white balance" secara automatik ataau "auto-white balance". Kamera video ini akan melaraskan sendiri 'white balance'. 


BLACK BALANCE


'Black Balance' adalah sama seperti operasi 'white balance'. 'White balance' memberikan rujukan rujukan kepada kamera "true white'. 'Black balance' pula memberikan rujukan kepada kamera tentang 'true black'. Fungsi ini biasanya terdapaat pada kamera video yang 'profesional' dan tidak pada kemera 'consumer'.
'Black balance' juga mesti dilakukan pada permulaan rakaman, bilamana 'filter' dan 'gain level' serta juga keadaan cahaya diubah atau berubah.
'Black balance' yang tidak sempurna akan menunjukkan warna2 yang tidak betul di kawasan gelap pada gambar yang dirakam.


Cara membuat 'black balance';
- Mula buat 'white balance'
- Kemudian buat 'black balaance'
- Akhir sekali buat kembali 'white balance'




KEPENTINGAN CAHAYA DALAM PENERBITAN VIDEO




Subjek yang dirakam akan kelihatan jelas dan cerah bila berada dalam suasana cahaya yang terang. Umpamanya suasana sianag hari yang cerah memberikan cahaya yang ideal untuk rakaman luar(out door). Kamera memerlukan cahaya yang minimum untuk membuat sesuatu rakaman. Intensiti sesuatu sumber cahaya diukur dengan ukuran LUX, umpamanya lilin menghasilkan sejumlah 10 Lux. Tingginya jumlah lux cahaya, maka lebih baik rakaman video yang dihasilkan. Walau bagaimanapun rakaman video yang baik dapat dihasilkan dalam suasana cahaya yang berukuran lebih daripada 900 Lux, umpamanya apabila cahaya tambahan dibuat.


Cahaya siang yang cerah menghasilkan ukuran cahaya setinggi 35,000 Lux dan ia boleh meningkat sehingga 100,000 Lux. Namaun cahaya yang berukuran sebegini tidak mampu ditangani oleh sebebuah kamera video. Oleh yang demikian dalam keadan cahaya matahari yang terang atau di tempat yang mempunyai pancaran cahaya yang terang(tepi pantai atau kawasan salji), adalah penting menggunakan "neutral density filter". Ia akan mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke kamera ke paras yang mampu diterima oleh kamera tersebut.


Kebanyakan kamera video hari ini mempunyai butang kawalan "low light compensator" yang mampu untuk "boost" kecerahan imej secara elektronik. Dengan ini sesuatu rakaman mampu dilakukan walaupun dalam cahaya yang tidak memuaskan. Rakaman tersebut akan menghasilkan gambar yang boleh diterima dan ia adalah lebih baik daripada tidak membuat rakaman langsung. Gambar yang dihasilkan dalam suasana ini akan mempunyai warna yang lemah, kurang jelas dan sebagainya. Dalam rakaman "indoor" gambar dapat dihasilkan dengan lebih baik jika tempat tersebut menerima cahaya siang(daylight) yang banyak, seperti dinding yang membalikkan cahaya, subjek dirakam berhampiran tingkap atau pintu, atau keadaan dalaman itu diterangi oleh cahaya tambahan.
Penggunaan lampu tambahan dalam rakaman video akan membuatkan babak atu subjek yang dirakam menjadi lebih cerah dan mampu merendahkan kontras diantara bahagian terang dan teduh. 


Diantara cara mengurangkan masalah kontras ialah dengan menggunakan 'reflector'. Cahaya dari 'reflector' akan mampu mengisi(fill) kawasan bayang. Ia akan memberikan cahaya yang lebih lembut dan sekata. Terdapat 'reflector' yang dijuall dipasaran. Selain dari itu kad bewarna putih dan polystyrene juga boleh dijadikan sebagai 'reflector'.


Satu lagi kaedah ialah dengan memancarkan lampu video kearah dinding, silling atau permukan putih. Cahaya yang diballikkan ini akan lebih lembut dan sekata berbanding cahaya yang terus dari lampu video berkenaan. Intensiti cahaya yang dibalikkan itu adalah bergantung kepada jarak lampu dan permukan berkenaan.

Saturday 1 October 2011


PEMANDANGAN SEKITAR D PUNCAK LUI


~ DEWAN TERTUTUP ~

~ DEWAN TERBUKA ~

~ DEWAN TERTUTUP & DEWAN TERBUKA ~

~ PEMANDANGAN 2 UNIT CHALET ~


~ PEMANDANGAN DARI ATAS RESORT ~

~PEMANDANGAN DARI ATAS RESORT~


~ PEMANDANGAN DARI ATAS RESORT ~

~ KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN ~

~ PEMANDANGAN CHALET 2UNIT ~

~ PEMANDANGAN TEPI KOLAM ~

~ PEMANDANGAN TEPI KOLAM ~

~ CHALET 3 UNIT..... ~

~ KOLAM RENANG UTAMA YANG MENGASYIKKAN ~
~
~ DEWAN TERTUTUP ~

~ KHEMAH-KHEMAH YANG DISEDIAKAN ~

~ TITI UNTUK KE GELONGSOR ~

~ PEMANDANGAN TEPI KOLAM RENANG ~

PEMANDANGAN CHALET 2UNIT ~