Tuesday 26 July 2011

DUIT SYILING BARU

KAKITANGAN Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama duit syiling peringatan untuk siri ketiga.     


Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan duit syiling baru siri ketiga awal tahun depan bagi menggantikan siri semasa yang berusia lebih 20 tahun. 

Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’ duit syiling baru akan memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna yang ada di negara ini.

Monday 25 July 2011

Selamat Berpuasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan: 
  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Hukum Berpuasa: 

Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar. 

Dalil Kewajipan Berpuasa:

Firman Allah s.w.t: 

Maksudnya:


“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)"